Mengenai KUSEL

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Induk Pembangunan Koridor Utiliti Selangor dan dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal Koridor Utiliti Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(“MBI”).

Bertindak sebagai Agensi Pusat Sehenti (OSA) penyeliaan pembangunan infrastruktur koridor utiliti, adalah menjadi tanggungjawab KUSEL untuk melaksanakan peranan antaranya seperti berikut:

  • Menyelaras permohonan kelulusan Izin Lalu (Way Leave) dan Permit untuk kerja-kerja utiliti seperti Air, Tenaga, Telekomunikasi, Gas dan Pembetungan secara terancang atau kecemasan.
  • Menyelaras dan memantau pelan penyediaan dan pengalihan infrastruktur utiliti dari risiko pertindihan laluan dan pengorekan berulang.
  • Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur utiliti gunasama seperti terowong utiliti, saluran gunasama, kemudahan perabot jalan, tiang lampu jalan pintar dan juga kabel gentian optik.

Struktur Tadbir Urus Pembangunan Koridor Utiliti Selangor