Slide

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) secara rasminya telah ditubuhkan pada 18 Disember 2020 sebagai badan penyelaras dan Penyelia Utiliti Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”).

Pelantikan KUSEL adalah bertujuan membantu dan memudahcara Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Pihak Berkuasa Jalan (PBJ) dalam perancangan kemudahan awam dan laluan utiliti sama ada di kawasan sedia ada mahupun dalam kawasan pemajuan baharu.

Cadangan penubuhan agensi Penyelia Utiliti adalah sejajar dengan Garis Panduan Persekutuan yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Malaysia (“JPBD”) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”) yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 20 April 2012.

Peranan Agensi Sehenti

Perkhidmatan Pengurusan Utiliti

Perkhidmatan Pengurusan Koridor
  • Mengurus, merancang dan memastikan laluan koridor utiliti infrastruktur negeri diurus secara bersepadu, sistematik dan terkawal.
  • Mengurus dan menyelia permohonan permit untuk penyediaan, pengalihan dan penyelenggaraan utiliti dilaksanakan secara teratur dan efisien.
  • Menyediakan perkhidmatan pemetaan utiliti, pelan pengurusan lalulintas dan pemantauan di lapangan dilaksanakan individu yang bertauliah dan kompeten.
  • Menyelaras dan memastikan kadar pelaksanaan berdasarkan kos yang efektif dan munasabah.
  • Memantau pelaksanaan berlandaskan kesejahteraan keselamatan dan kesihatan pengguna jalanraya, masyarakat dan alam sekitar.
Perkhidmatan Perancang Bandar
  • Menyediakan cadangan dasar untuk penyediaan Garis Panduan (GP) pelaksanaan dan perancangan infrastruktur utiliti Negeri.
  • Merangka spesifikasi standard untuk penyimpanan data dan pemetaan utiliti di dalam bentuk sistem maklumat geografi (GIS).
  • Menyediakan dasar, tatacara dan kaedah pelaksanaan penyedia utiliti di lapangan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  • Menyediakan pelan dan susun atur infrastruktur utiliti bagi pembangunan kawasan baharu dan sedia ada.
  • Merancang serta menentukan dasar pembangunan dan pelaksanaan kaedah untuk masa hadapan.
Perkhidmatan Kejuruteraan & Teknologi
  • Membangunkan  dan menyelenggara platfom untuk pengurusan permit melalui sistem aplikasi atas talian.
  • Membangunkan dan menyelenggara platfom untuk penyimpanan dan penyediaan data utiliti melalui sistem pangkalan data utiliti bersepadu.
  • Membangunkan dan menyelenggara platfom untuk penyediaan pusat pengurusan operasi setempat.
  • Memastikan pematuhan dari aspek keselamatan dan kesihatan pekerja sepertimana termaktub di dalam akta.
  • Memastikan pematuhan dari aspek spesifikasi teknikal dan piawaian sepertimana ketetapan pihak berkuasa.

TANGGUNGJAWAB KUSEL

No1

Memastikan perancangan, penyediaan dan penempatan laluan kemudahan utiliti asas seperti Air, Elektrik, Telekomunikasi, Gas dan Kumbahan mengikut spesifikasi garis panduan dan piawaian pihak berkuasa.

No2

Memastikan susun atur kedudukan laluan utiliti asas dilaksanakan secara teratur dan sistematik.

No3

Memastikan penggalian jalan, selenggaraan dan baik pulih laluan utiliti asas dilaksanakan secara teratur, terkawal dan menepati spesifikasi keselamatan dan kesejahteraan rakyat mengikut piawaian dan garis panduan pihak berkuasa.

No4

Memastikan cadangan projek-projek pembangunan hartanah baharu sama ada pihak Kerajaan atau Swasta, hendaklah menyediakan keperluan infrastruktur laluan utiliti asas.

No5

Menyedia dan mengurus sistem aplikasi permohonan atas talian dan pangkalan data utiliti bersepadu.

No6

Memastikan kadar perlaksanaan kemudahan infrastruktur utiliti asas, menaiktaraf dan kerja pengalihan diseleraskan dengan kos yang efektif dan munasabah.

MODEL PENYELIAAN KUSEL

Soalan Lazim

Caj akan dikira setelah izin lalu PBM diterima.
Caj yang dikira adalah berdasarkan jarak yang dinyatakan dalam Site Plan.

Caj Pengurusan KUSEL akan dimaklumkan kepada pemohon setelah kelulusan izin lalu PBM diterima.

Caj Pengurusan KUSEL perlu dibayar sewaktu pemohon membuat permohonan lengkap kepada KUSEL.

Tempoh kelulusan permit yg dicadangkan kepada pihak PBM adalah dalam tempoh 14-30 hari bekerja.
*masih tertakluk kepada tempoh kelulusan permit di pihak PBM

Tempoh pengeluaran permit yg dicadangkan kepada pihak PBM setelah semua caj berkaitan dibayar kepada PBM adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.
*masih tertakluk kepada tempoh pengeluaran permit di pihak PBM

Kadar Caj Laluan Utiliti PBM yang diselaraskan adalah sebanyak RM2.50/m (kecuali PBT yang telah mengenakan kadar dan caj lebih daripada RM2.50/m yang mana caj tersebut adalah kekal.

Kadar wang cagaran PBM dan lain-lain caj berkaitan pengeluaran permit oleh PBM (wang hangus) akan ditentukan oleh setiap PBM mengikut kadar semasa PBM.

Wang cagaran akan dikira oleh pihak PBM berdasarkan maklumat dalam borang permohonan dan dinyatakan jumlahnya semasa kelulusan permit dimaklumkan pleh PBM.

Syarikat UDM dan TMP akan ditentukan oleh pihak KUSEL

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL)