GP006-A
GPP Laluan Kemudahan Utiliti

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.

Garis panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol), JPBD 20/97.

Garis Panduan ini merupakan salah satu dari Inisiatif Makmal Pembangunan Hartanah (MPH) yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 Mac hingga 9 April 2020 iaitu Inisiatif 13 : Melaksanakan Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti.

Garis Panduan ini telah diluluskan oleh Jawatan Perancangan dan Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 6 Julai 2011 dan dipersetujui di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 11 negeri di Semenanjung Malaysia bersama dua Inisiatif MPH yang lain iaitu Inisiatif 7 dan 8.

Garis Panduan ini telah dibentangkan dan dipersetujui di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negera (JPPN) pada 16 Januari 2012; Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 April 2012; dan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara pada 27 Julai 2012.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan garis panduan ini perlu selaras dengan Rancangan Fizikal Negara dan rancangan pemajuan (rancangan struktur, rancangan tempatan) yang sedang berkuatkuasa.

Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) serta undang – undang sedia ada yang berkaitan. Ianya juga perlu merujuk kepada garis panduan perancangan yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia atau agensi lain yang berkaitan.